fbpx

Banjir gelombang kedua mula landa Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Kelewek, Tanah Merah hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Banjir gelombang kedua mula melanda Kelantan apabila seramai 260 mangsa di daerah Kuala Krai dipindahkan ke enam buah pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, kesemua mangsa itu terdiri daripada 66 buah keluarga.

Menurutnya, enam PPS yang dibuka itu ialah Pejabat Veterinar yang menempatkan seramai 18 orang mangsa, Pusat Komuniti Chucuh Puteri A (61) dan Madrasah Kampung Sepuluh (60).

“Selain itu, PPS Sekolah Kebangsaan Chenulang menjadi tempat berlindung kepada seramai 53 orang mangsa banjir, Masjid Chucuh Puteri A (35) dan Madrasah Chucuh Puteri A (33),” katanya.

Sementara itu, Sekreteriat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan melaporkan, beberapa sungai utama di negeri ini mencatatkan paras berjaga-jaga susulan hujan lebat sejak semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI