fbpx

Amaran angin kencang laut bergelora hingga 23 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan negara dari 17 hingga 23 Disember.

MetMalaysia dalam kenyataan di laman sesawangnya memaklumkan, amaran kategori kedua dengan angin kencang berkelajuan 50 sehingga 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian 3.5 hingga 4.5 meter (m) dijangka berlaku di perairan Utara Condore, Utara Reef North, Layang-Layang dan Barat Palawan.

“Ia berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” ujarnya.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama kelajuan angin 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 hingga 3.5 m dijangka di kawasan perairan Selatan Condore, Selatan Reef North, Labuan dan Timur Palawan.

Tambahnya, angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI