fbpx

ACL: JDT bermaruah akhiri saingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF Aiman Hanafi (tengah) melengkapkan malam cemerlang JDT apabila meledak gol keempat pasukan itu ketika menewaskan BG Pathum kelmarin.

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari tetap berbangga dengan persembahan pemain yang memberikan aksi terbaik walaupun impian pasukan untuk mara pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tidak kesampaian.

Solari berkata, dalam saingan Kumpulan I, skuad Harimau Selatan berjaya mengutip sembilan mata setelah menewaskan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai dan raih kemenangan berganda ke atas BG Pathum United.

“Bagi saingan ACL, ia pencapaian yang baik selepas menamatkannya dengan sembilan mata, langkah JDT sumbang apabila tewas 0-1 kepada Kawasaki Frontale di laman sendiri menyebabkan hasrat ke pusingan seterusnya tidak kesampaian.

“Ini diikuti dengan kekalahan 1-3 di tangan Ulsan Hyundai, namun kita berjaya menghidupkan peluang apabila menang ke atas BG Pathum dan Ulsan Hyundai ketika bermain di laman sendiri.

“Secara keseluruhan, prestasi pemain dalam kempen ACL musim ini amat menakjubkan apabila mereka memberi sehabis baik dan berjaya menyaingi kehebatan pasukan Korea Selatan dan Jepun walaupun ada keputusan tidak berpihak kepada JDT,” katanya.

Menurut Solari, kejayaan menewaskan kelab Thailand itu dengan jaringan 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi membuktikan kemampuan pasukan dalam kejohanan elit di rantau Asia itu.

Jelasnya, dalam pertembungan menentang pasukan terbaik Liga Thailand itu, pada awalnya JDT berdepan kesukaran setelah pasukan pelawat beraksi dengan permainan yang agresif serta taktikal yang tersusun.

“Memasuki babak kedua, Kita meningkatkan tempo permainan dan berjaya bangkit untuk meraih kemenangan ke atas kelab Thailand, ia bermula apabila kita dihadiahkan sepakan penalti hasil serangan bertali arus ke kubu lawan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI