fbpx

2 pemandu terselamat kereta terperangkap dalam banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA membantu salah seorang remaja keluar dari kereta selepas terperangkap dalam kejadian banjir kilat di Jalan Persiaran Molek Utama, Taman Molek, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Dua pemandu terselamat apabila kereta yang dipandu mereka terperangkap dalam kejadian banjir kilat di Jalan Persiaran Molek Utama, Taman Molek di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.38 petang itu, mangsa yang terlibat ialah Harry Boon Kim Quan, 17, yang memandu kereta mewah jenis BMW 218i dan Lew Say Moi, 70.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan I Sufian Muhamed Lis berkata, seramai 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama dua buah jentera sejurus menerima laporan kecemasan.

“Pasukan Keluar Operasi (PKO) membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa sejurus tiba di tempat kejadian.

“Mangsa dipindahkan ke kawasan selamat dan balik ke balai setelah operasi selesai,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sufian berkata, PKO kemudian pulang ke balaik dan operasi ditamatkan pada pukul 5.56 petang.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI