fbpx

[VIDEO] Berkat doa orang ramai, 19 tahun baru dikurniakan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri menimang cahaya mata selepas 19 tahun menanti zuriat.

PETALING JAYA – Penantian 19 tahun pasangan suami isteri untuk menimang cahaya mata pertama akhirnya termakbul apabila telah dikurniakan seorang anak.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, pasangan tersebut dikenali sebagai @anakmuharom berkata, banyak dugaan telah ditempuhi sepanjang 19 tahun tersebut.

Jelasnya, kehadiran cahaya mata itu juga adalah berkat doa daripada orang yang pernah mereka bantu selama ini.

“Alhamdulilah, Allah dengar doa-doa kita, dan mungkin juga bukan doa kami, mungkin doa orang yang kami bahagiakan.

“Doa orang yang kita belanja, doa anak yatim, doa orang-orang yang kita bantu tanpa sedar,” tulisnya.

Berdasarkan kapsyen pada hantaran itu juga, difahamkan pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata pada 26 November yang lalu.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen turut berkongsi kisah sama dan ada yang masih menanti kehadiran cahaya mata walaupun telah lama berkahwin.

“Sama macam jiran saya, 19 tahun. Dia tak sedar dia pregnant (mengandung) tahu-tahu dan lapan bulan. Alhamdulillah anak-anaknya dah dua tahun lebih sekarang,”kongsi @MamiGaranggggggg.

Turut meninggalkan komen adalahs seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Amirah Faisal.

“Ya Allah 19 tahun. Saya yang lima tahun pun ada masa tabah, ada masa rebah. Luar biasa sangat sabar awak dan pasangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@anakmuharom Cerita setiap org x sama..pengalaman pun x sama,cpt n lmbat semua kerja Allah,kite terus berdoa,meminta n redha ngan setiap yg dh tertulis,19 thn bkn sekejap,yg lalui je faham 🤭 alhamdulillah Allah dengar doa² kite ♥️ mungkin jugak bkn doa kami,mungkin doa org yg kite bahagiakan,doa org yg kite belanja makan,doa anak² yatim,doa org yg kite bantu tanpa sedar 😊 #mybaby #myzuriat #19tahun #terimakasihallah #2023 #november #26112023 #loveyou #babyboy #baby ♬ original sound – umai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI