fbpx

Program Jualan Rahmah Bergerak catat 1.5 juta kehadiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah

KUALA LUMPUR – Seramai 1.5 juta kehadiran pelanggan dicatatkan dalam Program Jualan Rahmah Bergerak yang telah telah berkunjung ke 1,873 lokasi di seluruh negara setakat ini.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata, bagi menilai penerimaan masyarakat dan keberkesanannya, kajian impak turut dilaksana.

Katanya, seramai 1,600 responden terlibat termasuk mengenal pasti kekurangan dan cadangan penambahbaikan yang bakal dibuat kementerian pada masa akan datang.

“Daripada 1,600 tersebut kita dapati bahawa 73 peratus responden bersetuju inisiatif Payung Rahmah dapat mengurangkan kos sara hidup mereka.

“Seramai 81 responden atau majoriti responden menyatakan mereka berpuas hati dengan pelaksanaan inisiatif Payung Rahmah dan 64 peratus responden menyatakan Jualan Rahmah Bergerak telah memberikan impak terus kepada mereka,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan yang dibangkitkan Senator Dr. R. Lingeshwaran yang ingin tahu berkenaan status pelaksanaan dan pencapaian untuk Program Jualan Rahmah Bergerak termasuk untuk kawasan pedalaman dan Sabah serta Sarawak.

Tambah Fauziah, setelah lebih setahun Program Jualan Rahmah (PJR) dilaksanakan, hanya rakyat di kawasan yang memiliki pasar raya yang menjadi rakan strategik KPDN adalah yang paling beruntung kerana dapat menyertai dan memanfaatkan Jualan Rahmah pada harga murah sehingga 30 peratus dari harga pasaran setempat.

“Rakyat yang berada di pedalaman di mana kawasan mereka tidak mempunyai pasaraya tidak dapat menikmati manfaatnya secara langsung kecuali jika mereka sanggup menanggung kos perjalanan dari kampung mereka ke lokasi PJR,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI