fbpx

Perlis keluarkan beras jenama sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali pada Persidangan DUN Perlis hari ini. FOTO Urus Setia Penerangan Negeri Perlis

KANGAR – Perlis bakal mengeluarkan beras menggunakan jenama sendiri dalam tempoh tiga atau empat bulan lagi selepas tamatnya proses tuaian padi bagi musim 2023 ini.

Bagi tujuan itu, mandat diberikan kepada Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk melakukan pembelian padi seterusnya kerajaan negeri akan mengambilnya daripada pihak tersebut untuk mengeluarkan beras dengan jenama sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan & Industri Makanan negeri, Razali Saad berkata, pihaknya telah memanggil semua agensi dan pihak berkaitan bagi membincangkan mengenai perancangan mengeluarkan beras jenama sendiri itu dalam memenuhi permintaan pelanggan.

“Kita optimis boleh hasilkan beras sendiri dan jangkaannya usaha ini mungkin akan dapat dilihat selepas tuaian musim ini dalam tempoh tiga atau empat bulan akan datang,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini hari ini.

Terdahulu, Razali turut menjawab pertanyaan lisan dibangkitkan oleh Haziq Asyraf (Beseri-PN) berhubung usaha kerajaan negeri bagi mengeluarkan produk beras tempatan hak milik Perlis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI