fbpx

Pengarah, kerani syarikat pelaburan dituduh terima wang deposit RM49,385

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suchart (kiri) dan Mohamad Nahur (dua kiri) dikawal anggota polis semasa dibawa untuk proses pendakwaan menerima wang deposit tanpa kebenaran di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Dua pengarah dan seorang kerani sebuah syarikat pelaburan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima wang deposit tanpa lesen sah berjumlah RM49,385.

Ketiga-tiga tertuduh ialah Suchart Ee @ Quah, 57, dan Mohamad Nahur Azad Ibrahim, 41, yang merupakan pengarah serta kerani wanita, Kamontip Chu @ Chim yang juga isteri Suchart.

Kesemua mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan dan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut pertuduhan di hadapan Azman, mereka didakwa secara bersama menerima wang deposit sebanyak RM17,000 daripada seorang individu berusia 40 tahun tanpa lesen sah yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan (Akta 758).

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka di No 12 Jalan Perdana Height, di sini pada pukul 11.47 pagi, 10 November 2020.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hamizah Mat Shah yang kemudiannya menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 seorang dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM10,000 seorang beserta syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis terdekat sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan 16 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Sesyen berasingan, mereka turut membuat pengakuan tidak bersalah atas tiga pertuduhan secara bersama menerima wang deposit berjumlah RM32,385 tanpa lesen yang sah daripada individu sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI