fbpx

Pelajar sekolah, penjawat awam dicekup terlibat kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian suspek yang ditahan dalam Op Tapis Bersepadu yang dijalankan selama lapan hari di Kelantan baru-baru ini. FOTO IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Seorang pelajar sekolah dan penjawat awam antara 688 suspek yang dicekup atas pelbagai kesalahan berkait kes dadah dalam Op Tapis Bersepadu di seluruh negeri ini yang dijalankan selama lapan hari.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua individu yang berusia dalam lingkungan 17 tahun hingga 69 tahun itu ditahan dalam operasi yang bermula 4 hingga 11 Disember lalu.

Menurutnya, remaja berkenaan ditahan dalam serbuan di depan sebuah bangsal di Kampung Pengkalan Cina, Beris, Bachok dekat sini kira-kira pukul 11.50 pagi pada Jumaat lalu.

“Polis merampas satu liter air ketum yang bernilai RM10 bersama suspek. Ujian saringan air kencing mendapati remaja itu negatif dadah.

“Bagi kes melibatkan penjawat awam yang merupakan pembantu am suspek berusia 47 tahun , lelaki itu dicekup di sebuah stor di Kampung Pulau Pasir Badang di sini pada pukul 1 tengah hari kelmarin.

“Pemeriksaan di dalam stor itu kemudiannya menemui pil kuda seberat 0.9 gram. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadan selain mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkait kes dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai Op Tapis Bersepadu, Muhamad Zaki memberitahu, polis merampas dadah jenis pil kuda, heroin, ganja, syabu, pil psikotropik, pil erimin 5, ubat batuk, air ketum dan daun ketum yang dianggarkan bernilai lebih RM157,800 dalam operasi itu.

Menurutnya, kesemuabdadah tersebut boleh dibekalkan kepada seramai 11,976 orang penagih jika terlepas ke pasaran.

“Selain itu, polis turut menyita pelbagai harta terdiri daripada kenderaan, wang tunai dan wang dalam akaun yang dianggarkan bernilai lebih RM 21,999.

“Polis Kelantan akan terus berusaha membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI