fbpx

‘Mencemarkan udara sahaja’: wanita minta penghantar makanan keluar dari kafe Starbucks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita meminta penghantar makanan (tengah) keluar dari kedai kopi Starbucks di Sichuan, baru-baru ini. - Foto SCMP/Douyin

BEIJING  – Seorang wanita menuntut supaya penghantar makanan yang berada berhampirannya di sebuah kafe kopi Starbucks di Sichuan, China keluar kerana mendakwa lelaki berkenaan mencemarkan udara di sekelilingnya, lapor portal berita AsiaOne kelmarin.

Dalam satu klip video tular di media sosial,  wanita  berpakaian merah itu dilihat mengadu kepada pekerja dan pengawal keselamatan kafe mengenai lelaki tersebut yang kemudian segera berdiri dan mengalihkan pandangannya.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada 29 November lalu.

“Saya tidak boleh duduk di sini lagi. Tidak mungkin (untuk duduk bersamanya di kafe tersebut),” kata pengadu.

Menurut individu yang merakam video, wanita tersebut juga berkata bahawa penghantar makanan  berkenaan mencemarkan udara dan mendakwa dia tidak dapat bernafas kerana lelaki itu.

Katanya, mereka adalah berbeza darjat dan menuntut pekerja premis meminta  penghantar makanan itu menunggu di luar kedai tersebut, lapor media China.

Bagaimanapun, kakitangan kafe yang masuk campur dalam kejadian itu dan memberi isyarat meminta wanita tersebut beredar serta berkata: “Sila datang hari lain. Selamat tinggal.”

Sikap sombong wanita itu menimbulkan kemarahan netizen dengan ada yang menulis: “Saya tidak pernah melihat orang yang tidak tahu malu seperti itu.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI