fbpx

Lembaga Zakat Selangor salur RM122.6 juta bantuan perumahan asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan perumahan berjumlah RM122.6 juta kepada asnaf di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Jurucakap LZS berkata, agihan itu selesai diagihkan kepada 19,093 keluarga asnaf yang dikenalpasti pihaknya.

“Agihan itu melibatkan bantuan sewa rumah, baik pulih rumah dan pembinaan rumah baharu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada semua pembayar zakat yang setia melunaskan tanggungjawab itu dengan LZS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI