fbpx

Kes Covid-19 di Kedah meningkat 78.1 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Kedah mencatatkan peningkatan kes Covid-19 sebanyak 78.1 peratus pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-49 iaitu antara 3 hingga 9 Disember lalu sebanyak 595 kes, berbanding minggu sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, data yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS

ALOR SETAR – Kedah mencatatkan peningkatan kes Covid-19 sebanyak 78.1 peratus pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-49 iaitu antara 3 hingga 9 Disember lalu sebanyak 595 kes, berbanding minggu sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, data yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat peningkatan kes Covid-19 sejak penghujung Oktober lalu.

“Majoriti kes yang diterima adalah melalui saringan bergejala dengan kebanyakan kes bergejala ringan dan menjalankan pengasingan di rumah masing-masing.

“Situasi terkini di Kedah adalah terkawal dan tidak membebankan sistem kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, secara kumulatif, kes Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 5,601 kes sehingga ME-49.

“Dijangkakan berlaku peningkatan kes yang berterusan susulan pergerakan masyarakat dan aktiviti berkumpulan menjelang cuti sekolah dan perayaan Krismas.

“Sehubungan itu, warga Kedah diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah pencegahan Covid-19,” ujarnya.

Tambahnya, bagi mereka yang bergejala diminta untuk membuat sendiri ujian pengesanan Covid-19 dan laporkan keputusan ujian serta lakukan penilaian kesihatan kendiri dalam aplikasi MySejahtera.

“Dapatkan rawatan awal di klinik Kesihatan berhampiran bagi individu positif Covid-19 yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi atau gejala bertambah teruk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI