fbpx

Kes bunuh Zayn Rayyan: Stoking dalam air bertakung dihantar ke makmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN forensik polis menjalankan siasatan di lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui berdekatan Apartmen Idaman

PETALING JAYA – Polis menjumpai sehelai stoking dalam air bertakung di sekitar anak sungai berhampiran kawasan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin,6, ditemukan pada 6 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya masih belum dapat mengenal pasti stoking itu adalah milik Zayn Rayyan atau sebaliknya.

“Stoking itu antara barangan dan objek yang perlu dihantar ke makmal untuk analisa lanjut.

“Kita jumpa sehelai sahaja, tetapi perlu buat pengesahan lanjut sama ada kepunyaan mangsa atau bukan,” katanya.

Semalam, media melaporkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membantu pihak polis menyedut air di kawasan anak sungai yang menjadi lokasi penemuan kanak-kanak malang itu.

Difahamkan, kerja-kerja berkenaan dijalankan sebagai usaha untuk mencari bahan bukti berkaitan pembunuhan mangsa.

Terdahulu, hasil pemeriksaan pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), selama kira-kira dua jam di setiap rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, dilihat dua kotak dibawa keluar.

Jelasnya, kotak berkenaan dipercayai berisi bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik itu yang sebelum ini ditemui di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari blok R.

Lebih 25 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan pemeriksaan itu bermula pukul 8.40 malam tadi dan berakhir kira-kira 10.30 malam.

Pemeriksaan malam tadi tertumpu di tingkat dua dan tiga blok terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI