fbpx

Kawasan tanaman kenaf di Kelantan diganti sawah padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Abd. Rahim (tengah) semasa menyampaikan Sumbangan Rahmah TKIKT kepada pencarum TKIKT di Institut Kenaf dan Tembakau Negara, Cherang Tuli dekat Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG/ KOSMO!

PASIR PUTEH – Tapak tanaman kenaf di Kelantan dijadikan sawah padi buat sementara waktu dalam usaha untuk membantu memastikan keterjaminan makanan negara mencukupi.

Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah berkata, langkah itu dijalankan berikutan penghasilan tanaman kenaf menurun sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, penanaman padi di kawasan tanaman kenaf di negeri ini juga merupakan kaedah positif kerajaan pusat yang peka terhadap produktiviti hasil padi dan keperluan beras negara.

“Sebelum ini, kenaf sememangnya merupakan tanaman silih ganti di luar musim penanaman padi yang diusahakan ditapak yang sama.

“Kaedah itu tidak dijalankan di negeri lain. Jadi, LKTN akan meneruskan usaha menebus guna tanah terbiar yang lain bagi menggantikan keluasan tanah yang digunakan untuk tanaman padi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sumbangan Rahmah Tabung Kebajikan Industri Kenaf Tembakau (TKIKT) di Institut Kenaf dan Tembakau Negara, Cherang Tuli, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 315 pencarum TKIKT di Kelantan menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM94,500.

Mengulas lanjut, Wan Abd. Rahim memberitahu, industri kenaf akan terus dipacu dalam dua keperluan iaitu mewujudkan ladang kluster dan memperkasakan industri hiliran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI