fbpx

Kabinet baharu bantu Anwar jayakan agenda Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap agar barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang baharu dapat membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjayakan agenda Malaysia Madani.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini terutamanya dalam meningkatkan lagi ekonomi negara serta memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat secara keseluruhannya.

“Kerajaan negeri menyambut baik rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri demi memantapkan lagi pentadbiran serta gerak kerja Kerajaan Perpaduan yang telah mencapai usia setahun.

‘”Dengan ini, kerajaan negeri berharap agar barisan Kabinet baharu ini dapat membantu Perdana Menteri menjayakan agenda Malaysia Madani terutamanya dalam meningkatkan lagi ekonomi negara serta memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat secara keseluruhannya,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang menyaksikan pertukaran beberapa portfolio jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

Menurut Kon Yeow, mewakili seluruh jentera pentadbiran dan rakyat Pulau Pinang, beliau berharap agar barisan Menteri yang dilantik dapat bersama serta membantu negeri ini mencapai potensi sebagai salah satu kuasa ekonomi terpenting di rantau ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI