fbpx

Johari masih terajui pasukan petugas khas selesai isu 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (tengah) ketika hadir bagi memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Perladangan dan Komoditi, Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengesahkan beliau masih meneruskan tugas sebagai Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB biarpun sudah dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

Johari berkata, beliau masih perlu menerajui pasukan petugas khas itu kerana ada isu yang belum diselesaikan terutama bagi mendapatkan semula aset negara yang terkait dengan skandal kewangan itu.

“Insya-Allah buat masa ini, saya kekal (menerajui pasukan petugas khas itu),” katanya ketika ditemui selepas selepas mengimbas kad perakam waktu di lobi Kementerian Perladangan dan Komoditi tadi sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi.

Mengulas lanjut, Johari berkata, banyak isu sudah diselesaikan, namun masih perlu dipantau kerana ada isu tertangguh dengan Kumpulan Goldman Sachs.

“Ketika ini, Goldman Sachs masih lagi tidak memenuhi penyelesaian perjanjian tuntutan yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia pada tahun 2020.

“Selepas dilantik sebagai pengerusi, saya tegaskan bahawa kumpulan pelaburan itu perlu membayar mengikut perjanjian yang sudah dimuktamadkan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, selepas empat kali lanjutan diberikan, mereka (Goldman Sachs) masih belum mahu selesaikan pembayaran pertama membabitkan AS$250 juta.

Johari berkata, ketika ini, kumpulan pelaburan itu membawa isu penyelesaian tuntutan itu ke mahkamah bagi mendapatkan perintah sama ada mereka masih berhutang dengan Kerajaan Malaysia atau tidak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI