fbpx

Isteri mengeluh layanan mewah diberikan suami jutawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBAI  – Seorang isteri jutawan Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengeluh tentang layanan mewah yang diberikan suami kepada dirinya dalam status yang dimuat naik di laman TikToknya, lapor portal berita The Sun semalam.

Wanita  dikenali sebagai Soudi itu kerap menggunakan media sosial itu untuk berkongsi kehidupannya di Amerika Syarikat (AS) dan UAE.

Dalam satu klip video menunjukkan dia bergambar dengan suaminya, Jamal, Soudi menulis: “Masalah apabila berkahwin dengan lelaki kaya,”  bersama emoji menangis dan bintang.

Wanita itu juga menunjukkan dirinya berada di sebuah kedai terkemuka, Jimmy Choo yang memaparkan kasut dan beg tangan mewah .

“Saya tidak dibenarkan untuk menggunakan wang poket saya (semua perbelanjaan ditanggung oleh suami), bersama emoji sedih sebelum mendedahkan bahawa suaminya membeli sesuatu dari gedung tersebut.

Soudi turut menulis: “Dia (suami) membawa saya  terbang (menaiki pesawat) pada setiap bulan. Adalah menjengkelkan mempunyai pengawal peribadi 24/7 (setiap hari),” tulisnya bersama emoji hati berwarna merah dengan terdapat balutan di sekelilingnya.

Wanita yang menggunakan akaun @soudiofarabia di Tik Tok itu menulis: “Sentiasa menghantar pemandu kerana saya tidak sepatutnya berjalan kaki. Jamal suka apabila saya berkelakuan baik,” diikuti dengan emoji bintang.

Seorang netizen kemudian memberikan komen bahawa ia merupakan kehidupan yang dipilih sendiri oleh wanita tersebut, manakala yang lain menyatakan: “Jamal  ialah seorang lelaki budiman.” –  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI