fbpx

Harap Dr. Dzulkefly laksanakan syor dalam Kertas Putih Kesihatan – Persatuan Farmasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amrahi (gambar kecil) berharap Dr. Dzulkefly dapat melaksanakan segala syor yang terkandung dalam Kertas Putih Kesihatan yang diluluskan Dewan Rakyat pada 15 Jun lalu.

SHAH ALAM- Pelantikan semula Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan diharap dapat melaksanakan segala syor yang terkandung dalam Kertas Putih Kesihatan yang diluluskan Dewan Rakyat pada 15 Jun lalu.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Prof. Amrahi Buang berkata, hal ini penting bagi memastikan segala agenda reformasi yang terkandung dalam kertas tersebut dapat dilakukan demi menambah baik sistem kesihatan negara ini.

“Ramai mengetahui semasa Dr. Dzulkefly dilantik menjadi Menteri Kesihatan pada 2018, beliau telah menyatakan secara umum bahawa mahu mereformasi sistem kesihatan.

“Jadi dengan pelantikannya di jawatan tersebut buat kali kedua, diharap Dr. Dzulkefly dapat melaksanakan apa yang dihasratkannya sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Selain melaksanakan syor Kertas Putih Kesihatan, Amrahi turut berharap Menteri Kesihatan itu dapat memasukkan semula cecair dan gel nikotin ke dalam Akta Racun (Pindaan) 2022, yang mana dua bahan tersebut telah dinyah senaraikan daripada akta itu pada 31 Mac lalu.

Kata beliau, penggunaan dua bahan tersebut akan menjejaskan kesihatan individu, di samping hanya membazirkan wang kepada penggunanya.

“Harapan turut pada usul Generasi Penamat Merokok (GEG) dapat dimasukkan semula Akta Kawalan Produk Demi Kesihatan Awam 2023 agar jumlah perokok di negara ini semakin berkurang, selaras dengan agenda kerajaan yang ingin melahirkan rakyat Malaysia sihat,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI