fbpx

F1: Sainz harapkan jentera terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ memecahkan dominasi Red Bull apabila muncul juara pada GP Singapura pada musim lalu. - AFP

LONDON – Pemandu Ferrari, Carlos Sainz percaya kejayaan mereka melakar kemenangan sewaktu di Grand Prix (GP) Singapura membuktikan pasukan itu mampu beraksi dalam tekanan selepas berjaya menamatkan dominasi pasukan Red Bull Racing.

Sainz mengakui kemenangan mereka di Kota Singa itu berjaya meningkatkan semangat pasukan Ferrari terutama untuk menyediakan jentera terbaik sepanjang musim 2023.

Tegas Sainz, jika dia memperoleh jentera terbaik itu sekali lagi tahun depan, tidak mustahil Ferrari mampu kembali di puncak kemenangan.

“Kemenangan di GP Singapura pasti memberi impak kepada tahun ini kerana kami tidak mempunyai banyak peluang untuk memenangi perlumbaan tahun ini.

“Secara faktanya, ketika itu kami memaksimumkan segala peluang yang dan menunjukkan bahawa Ferrari beraksi dengan baik biarpun dalam tekanan dan kita menyusun hujung minggu tersebut dengan cukup sempurna.

“Kami mengambil setiap peluang dan tidak mensia-siakan peluang terutama pada sesi latihan bebas dan juga kalayakan.

“Kami mencapai keputusan terbaik dan ini bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk pasukan, membuktikan bahawa apabila peluang datang tahun depan, kami mampu untuk menang.

“Saya rasa apa yang kami pamerkan di Singapura menunjukkan kami boleh berjuang memburu kemenangan sekiranya memperoleh jentera terbaik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI