fbpx

Cuaca buruk di Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah dan baik hampir seluruh Semenanjung dan Sabah pada pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, bagaimanapun hujan diramalkan melibatkan enam negeri di Semenanjung termasuk Sabah.

“Hujan ini melibatkan beberapa tempat di Pahang dan Johor.

“Seterusnya di kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan juga diramalkan hujan di satu dua tempat,” ujarnya.

Manakala di Sabah, cuaca buruk diramal melanda kawasan Sandakan dan Kudat.

“Bagi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan Sarawak pula diramal tiada hujan berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI