fbpx

Bomba keluarkan mayat penunggang motosikal terperosok bawah kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang terperosok di bawah lori kontena di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, dekat Batu Maung, malam tadi.

BALIK PULAU – Pasukan bomba mengambil masa lima minit untuk membawa keluar mayat seorang penunggang motosikal yang terperosok di bawah sebuah lori kontena di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, dekat Batu Maung di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kita-kira pukul 8 malam itu, mangsa, Saiful Azhar Shaari, 41, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 38 tahun hanya mengalami kecederaan ringan pada kepala.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Rohaizal Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.21 malam dan operasi turut mendapat bantuan dari BBP Jalan Perak.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori kontena yang hilang kawalan dan melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha LC.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang penunggang motosikal terperosok di bawah lori dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) manakala pemandu lori tersebut mengalami cedera ringan pada kepala.

“Komander Operasi lapor kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas ‘Rescue Tools’ dan mangsa telah diserahkan pada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 10.39 malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI