PERHUBUNGAN antara penyanyi Ayu Ting Ting dengan pelakon Boy William kini bukan lagi rahsia apabila masing-masing dengan terbuka berkongsi kemesraan depan khalayak.
Baru-baru ini, Instagram mereka diwarnai dengan hantaran yang penuh kehangatan apabila Ayu dan Boy dilihat berkongsi adegan saling berpelukan di hadapan cermin.
Ketika itu, Boy baru dari Korea Selatan dan bertemu Ayu untuk menyerahkan buah tangan istimewa.
Kedua-dua individu popular itu juga dikatakan seperti sengaja menunjukkan kemesraan, namun masih enggan mendedahkan status hubungan sebenar.
Netizen turut menasihatkan penyanyi dangdut itu agar tidak mensia-siakan peluang selain mengumumkan sahaja percintaan mereka.