fbpx

31 ditahan terlibat perlombongan haram lantanid di Hulu Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GERIK – Seramai 10 lelaki warga tempatan antara 31 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perlombongan haram nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Hutan Simpan Bintang Hijau di Hulu Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan melalui Op Khazanah bersama Jabatan Perhutanan itu dilakukan pada pukul 3.30 petang, Jumaat lalu.

Katanya, dalam operasi itu, seramai 28 individu termasuk sembilan warga tempatan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Susulan operasi tersebut, kita telah melakukan tangkapan lain melibatkan seorang lelaki warga tempatan dan dua lelaki warga asing di dua lokasi berasingan di Gerik.

“Jumlah keseluruhan tangkapan seramai 31 orang melibatkan 29 lelaki dan dua wanita. Warga asing yang diberkas pula terdiri daripada warga China, Myanmar dan Vietnam. Kesemua suspek berusia antara 23 hingga 69 tahun,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, kesemua suspek tersebut dipercayai terlibat dalam kegiatan perlombongan haram NR-REE lantanid.

Tambah beliau, berdasarkan semakan, kesemua warga asing yang ditahan itu juga didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan terdapat tangkapan beberapa individu berkaitan perlombongan haram lantanid di Hulu Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI