fbpx

10 penyebar dikenal pasti buat dakwaan palsu penghapusan subsidi diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi bercakap pada sidang akhbar di Kementerian Komunikasi di Putrajaya tadi. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi sudah mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang bertindak menyebar mesej palsu kononnya kerajaan akan menghapuskan subsidi diesel mulai 1 Januari depan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya berjaya menjejaki lapan hingga 10 penyebar mesej palsu berkenaan dan sudah menyerahkan maklumat itu kepada polis.

“Saya difahamkan laporan polis telah dibuat berhubung sebaran fitnah itu untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, beliau meminta kerjasama orang awam supaya mengesahkan dahulu maklumat diterima bagi mengelak kekeliruan dan menimbulkan fitnah.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menafikan dakwaan di media sosial yang kononnya subsidi diesel akan dihapuskan bagi penggunaan kenderaan bermula 1 Januari depan.

KPDN dalam kenyataan menegaskan, dakwaan itu tidak benar dan sebaliknya kementerian sedang melaksanakan projek rintis bagi melihat keberkesanan sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel melibatkan enam syarikat yang menerima kuota bagi skid tank, yang akan tamat tempoh pada 14 Januari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI