fbpx

1 dalam 5 rakyat AS percaya tragedi ‘holocaust’ hanya mitos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI penduduk AS tidak percaya kejadian pembunuhan beramai- ramai Yahudi pernah berlaku. - Foto AFP

WASHINGTON –  Seorang dalam setiap lima  penduduk Amerika Syarikat (AS) percaya bahawa  tragedi genosid bangsa Yahudi atau lebih dikenali sebagai ‘holocaust’ tidak pernah berlaku semasa Perang Dunia Kedua, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian  oleh firma YouGov bersama akhbar Economist itu melibatkan 1,500 responden  berumur antara 18 hingga 65 tahun. Mereka diminta menjawab satu satu soalan mengenai pembunuhan beramai-ramai enam juta penduduk Yahudi ketika itu 

Kira-kira 20 peratus responden berumur 18 hingga 29 tahun bersetuju dengan kenyataan bahawa holocaust adalah mitos semata-mata, manakala angka korban tragedi itu kata mereka, telah diperbesar-besarkan.

Sebanyak 32 peratus daripada kumpulan umur yang ditinjau itu mendapat berita daripada apilkasi TikTok yang dituduh menyiarkan maklumat salah dan  bersifat anti-Semitik selama bertahun-tahun.

Kaji selidik itu dijalankan dari 2 Disember hingga 5 Disember lalu dan mengemukakan soalan mengenai holocaust serta isu-isu berkaitan.

Hanya lapan peratus responden berumur 30 hingga 44 tahun bersetuju bahawa holocaust  adalah mitos,di samping dua peratus orang yang berumur antara 45 hingga 64 tahun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI