fbpx

KWSP bakal umum CEO baharu dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu dalam masa terdekat susulan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II berkuat kuasa hari ini.

Menurut KWSP, sepanjang perkhidmatan Datuk Seri Amir Hamzah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, beliau telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan kejayaan KWSP.

“Malah, beliau juga telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap kecemerlangan dan inovasi syarikat.

“Antara pencapaian utama beliau termasuk memimpin KWSP melalui pelbagai kitaran ekonomi dan cabaran, dan mencapai pertumbuhan positif dalam pendapatan pelaburan secara konsisten,” katanya dalam sebuah kenyataan, hari ini.

Tambah KWSP, hala tuju strategik dan kepimpinan beliau nyata berkesan dalam mengekalkan daya tahan pelaburan dan operasi, selain memastikan KWSP menjadi tunggak kepada jaminan persaraan yang teguh untuk ahlinya.

“Pihak lembaga, pengurusan dan seluruh kakitangan KWSP mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Amir Hamzah atas pelantikan sebagai Menteri Kewangan II.

“KWSP yakin bahawa kepimpinan beliau akan menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI