fbpx

Wan Junaidi tegur menteri tidak pernah hadir Dewan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi di Dewan Negara, hari ini. IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegur sikap segelintir Menteri yang gagal hadir ke persidangan Dewan Negara.

Jelas Wan Junaidi lagi, adakah Dewan Negara ini amat rendah kedudukannya sehingga ada Menteri tidak pernah hadir ke persidangan.

“Saya memperingatkan, tolonglah Menteri datang. Kalau Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri boleh datang, YAB Timbalan Menteri boleh datang.

“Takkanlah Menteri memikirkan tempat ini (Dewan Negara) rendah sangat untuk Menteri datang,”tegurnya pada sesi jawab lisan pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau memberikan teguran berkenaan selepas Senator Amir Md Ghazali mempersoalkan tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang tidak pernah menunjukkan ‘muka’ di Dewan Negara sejak hampir sembilan bulan yang lalu.

Malah katanya, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri lain boleh hadir ke sidang Parlimen tersebut.

Menjawab pertanyaan itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata

“Berhubung dengan Menteri saya (King Sing) sebenarnya dia mahu jawab soalan, tiada niat untuk tidak mahu menghadiri sidang di Dewan Negara.

“Mungkin jadualnya tidak sesuai dengan masa persidangan Dewan Negara. Untuk makluman Yang Berhormat, biasalah Menteri banyak melakukan misi penjualan di luar negara supaya cita-cita kita untuk melihat negara menjadi destinasi utama pelancongan di dunia dapat direalisasikan,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI