fbpx

[VIDEO] Lari, anjing liar kejar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan seorang murid dikejar anjing liar.

PONTIAN – Kehadiran sekumpulan anjing liar di Pekan Kayu Ara Pasong di sini menimbulkan kebimbangan orang ramai termasuk murid-murid sekolah.

Kebimbangan tersebut benar apabila satu rakaman video me­nunjukkan beberapa ekor anjing mengejar seorang pelajar yang menunggang basikal, namun pelajar tersebut bernasib baik kerana tiada kenderaan dibelakangnya ketika pelajar tersebut membelok bagi melarikan diri.

Seorang peniaga roti canai, Zuzuli Saien, 50, berkata, dia melihat sendiri anjing-anjing tersebut mengejar pelajar tersebut, tetapi dia mengayuh dengan laju bagi mengelakkan digigit.

Bagaimanapun katanya, mujur kejadian itu tidak mengundang kemalangan ­memandangkan keadaan jalan raya pada waktu pagi di pekan itu agak sibuk.

“Sebelum ini tiada pihak yang merakamkan kehadiran anjing-anjing liar itu, namun seorang peniaga telah mengambil inisiatif merakam video mengenai kebimbangan peniaga di pekan ini

.
“Orang ramai yang ingin ­singgah untuk bersarapan pagi pun bimbang dikejar oleh anjing-anjing tersebut yang mungkin datang dari kawasan kampung berhampiran,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambah Suzuli, pihak berkuasa diharap dapat mengambil tindakan segera dengan menangkap anjing-anjing tersebut bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini kepada orang ramai selepas ini.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Zakaria Misnan berkata, anjing-anjing tersebut dikatakan menganggu penduduk yang ­ingin bekerja dan jemaah yang hendak menunaikan solat Subuh di ­Masjid Jamek Kayu Ara Pasong.

Katanya, kehadiran anjing-anjing tersebut bukan sahaja mengganggu penduduk, tetapi juga mengejar orang ramai terutama yang menunggang motosikal dan basikal pada waktu pagi atau subuh.

“Bukan sahaja berkeliaran di Pekan Kayu Ara Pasong, anjing-anjing ini juga mengganggu penduduk dengan memasuki halaman rumah dan tidur di hadapan pintu, ” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Kampung Kawasan ( 2 ) Mukim Api-Api, Rashid Mastam berkata, kejadian yang berlaku pada pagi kelmarin telah dilaporkan kepada Penghulu Mukim Api-Api dan Pejabat Daerah Pontian.

Katanya, dia juga telah memaklumkan kepada ketua-ketua kampung berhampiran supaya mengambil tindakan yang sama sekiranya terdapat gangguan anjing-anjing liar di kawasan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI