fbpx

Vanessa Hudgens kini isteri pemain besbol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bintang filem High School Musical, Vanessa Hudgens berkahwin dengan seorang atlet besbal bernama Cole Tucker baru-baru ini.

PELAKON Vanessa Hudgens menitiskan air mata kerana terlalu gembira selepas berkahwin dan bergelar isteri kepada pemain besbol, Cole Tucker.

Menerusi temu bual bersama majalah Vogue, pelakon berusia 34 tahun itu mengungkap momen perkahwinannya bersama Tucker, 27, sebagai detik paling indah yang pernah dilaluinya dalam hidup.

“Perkahwinan saya umpama satu keajaiban. Saya sangat bersyukur dan gembira dengan perkahwinan ini.

“Malah semua tetamu memberikan kerjasama yang baik apabila mereka dilarang untuk menggunakan telefon bimbit seperti yang diminta sewaktu majlis berlangsung,” ujarnya.

Kata pelakon itu lagi, dia tidak dapat menahan rasa sebak sewaktu majlis perkahwinannya yang berlangsung di Tulum, Mexico baru-baru ini.

Hal ini kerana, impiannya untuk bergelar isteri pada usia sebelum 30 tahun akhirnya tercapai.

“Perkahwinan ini ibarat satu impian yang sudah lama saya idamkan dan menjadi momen paling indah dalam hidup saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI