fbpx

Tiga maut, kereta bertembung pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga individu maut selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda dalam kemalangan berhampiran Jejambat Bukit Padang, Jalan Lintas tengah malam tadi. -Foto IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Tiga individu maut selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda dalam kemalangan berhampiran Jejambat Bukit Padang, Jalan Lintas tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, mangsa maut adalah seorang wanita yang dikenali sebagai Asmidah Junaidi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anak serta anak saudara lelaki berumur lima bulan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).

Semua mangsa maut dilaporkan menaiki Proton Iswara bersama enam ahli keluarga lain yang mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, kereta Proton Iswara dinaiki sembilan individu termasuklah dua bayi kembar dan tiga kanak-kanak bergerak dari arah bertentangan.

“Manakala kereta pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun bergerak dari arah Penampang ke Kolombong. Kenderaan Toyota Hilux sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh Proton Iswara berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, wanita yang duduk di penumpang hadapan Proton Iswara disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi menyatakan mangsa lain yang turut parah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan HQE II untuk rawatan lanjut.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu Toyota Hilux yang gagal mengawal kenderaan serta memandu secara merbahaya.

“Katanya, pemandu pacuan empat roda turut mengalami kecederaan di muka dan tangan. Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Mohd Zaidi berkata, polis juga sudah mengambil spesimen darah daripada pemandu Toyota Hilux untuk dianalisa kandungan alkohol oleh Jabatan Kimia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI