fbpx

Tiada siapa tahu betapa besar sayang pada kamu – Ibu Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian ibu Zayn Rayyan di Instastory hari ini.

PETALING JAYA – “Tiada siapa yang mengetahui betapa besar sayang pada kamu. Pada akhirnya, hanya kamu yang tahu semuanya”.

Demikian luahan ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, 28, ibu di Instagram (IG) miliknya hari ini.

Ismanira hari ini memuatnaik ‘story’ gambar kenangan dengan Allahyarham Zayn Rayyan ketika waktu kecil serta pintu bilik Zayn bersama adiknya.

“Bilik Zayn dan adik,” tulisnya disertai emoji sedih.

Dinding dan pintu bilik berwarna kuning itu dihiasi dengan pelekat angkasawan, planet dan tulisan ‘Zayn Zahin’ yang sudah pastinya sarat dengan memori serta gelagat arwah.

Setakat hari ini, pihak polis masih giat mengesan bukti serta maklumat yang mampu membantu merungkai siapa dalang yang kejam membunuh kanak-kanak autistik berkenaan.

Semalam Kosmo! melaporkan tiiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman,Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Anggota Forensik memasuki bangunan apartmen blok R dipercayai ke rumah ibu bapa mangsa.

Sehubungan itu, bapa dan ibu Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abdul Manaf juga dilihat hadir serentak bersama anggota Forensik kira-kira pukul 4.15 petang semalam.

Operasi berkenaan selesai sejam kemudian iaitu pada pukul 5.15 petang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI