fbpx

Rombakan Kabinet dijangka esok?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim.

PUTRAJAYA- Rombakan Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diadakan esok, sekali gus menjadi perubahan pertama dalam kepimpinan selepas gabungan parti itu berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan sejak tahun lalu.

Difahamkan, beberapa lantikan baharu itu akan mengangkat sumpah di Istana Negara pada pukul 2.30 petang esok sebelum memulakan tugas dalam Kabinet pimpinan Anwar.

Buat masa ini, antara portfolio yang dijangka diumumkan esok ialah bagi mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas kematian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lalu.

Jangkaan rombakan Kabinet itu pada esok turut disokong dengan kenyataan dibuat Perdana Menteri sebelum ini yang membayangkan proses itu akan dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini.

Anwar membuat ‘bayangan’ itu ketika menyantuni seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang menantikan beliau bersama pengamal media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4 di Putrajaya pada 1 Disember lalu.

Bagaimanapun, pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali menjelaskan isu berkaitan rombakan Kabinet tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang terbaru, minggu lalu.

“Tiada perbincangan di peringkat Jemaah Menteri dan saya fikir tiada keperluan pun berbincang dengan Jemaah Menteri.

“Perdana Menteri mempunyai ruang yang saya fikir memadai (untuk) melihat setelah setahun prestasi setiap kementerian, komitmen setiap menteri.

“Beliau yang mencadangkan menteri-menteri sebelum ini kepada Yang di-Pertuan Agong, itu adalah hak prerogatif beliau (Anwar) untuk menentukan barisan ahli Jemaah Menteri yang akan membantu beliau untuk meneruskan agenda gagasan Malaysia Madani,” katanya hari ini.

Terdahulu, Anwar dilihat turut berdepan desakan daripada beberapa pihak agar menggantikan menteri yang disifatkan tidak menunjukkan prestasi baik termasuk daripada partinya.

Selain itu, ada juga gesaan yang meminta beliau melantik Menteri Kewangan 2 bagi membolehkan beliau memberi lebih tumpuan kepada tugas sebagai Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI