fbpx

Pegawai perubatan tidak profesional diberi teguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran wanita tersebut di TikTok.

IPOH – Pegawai perubatan yang terlibat dengan dakwaan tular kerana dikatakan gagal memberikan layanan profesional ketika merawat pesakit kanak-kanak di Klinik Kesihatan (KK) Menglembu telah pun diberi teguran.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, Dr. Sirajuddin Hashim berkata, pegawai terbabit telah ditegur supaya berkomunikasi dengan profesional dan melakukan pemeriksaan klinikal yang baik dengan semua pesakit.

“Bagi pihak JKN Perak, kami mengambil maklum insiden pelanggan mendapat layanan tidak profesional dari seorang pegawai perubatan yang turut disiarkan melalui sebuah portal berita semalam.

“Siasatan yang dijalankan mendapati, kejadian berkenaan berlaku Rabu lalu melibatkan seorang pesakit kanak-kanak yang mengalami demam, batuk dan selesema. Berdasarkan siasatan, didapati kualiti rawatan yang disampaikan dan tahap komunikasi oleh pegawai perubatan itu adalah kurang memuaskan” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi memastikan tahap perkhidmatan yang baik dan mengelak kejadian sama berulang, JKN Perak telah mengarahkan supaya Pakar Perubatan Keluarga KK Menglembu menjalankan audit klinikal secara berkala.

Katanya, audit berkenaan bagi memastikan rawatan kepada setiap pesakit adalah berkualiti dan mematuhi garis panduan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Terdahulu, seorang ibu terkilan apabila mendapat layanan buruk daripada seorang doktor ketika membawa dua anaknya yang sakit untuk mendapatkan rawatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI