fbpx

Lelaki bawa kepala isteri ke balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menggunakan senjata tajam untuk memenggal kepala isterinya. - NDTV

NEW DELHI, India – Seorang lelaki berusia 35 tahun di daerah Nayagarh, negeri Odisha nekad membunuh isterinya kelmarin kerana mengesyaki wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Stesen penyiaran NDTV melaporkan, suspek menyerah diri di balai polis dengan membawa kepala isterinya yang dipenggal.

Suspek mencetuskan situasi panik selepas masuk ke balai polis Banigochha sambil memegang kepala mangsa.

Seorang penduduk kampung Bidapaju, Bagha berkata, suspek membunuh isterinya, Dharitri, 30, kerana mengesyaki wanita tersebut bercinta dengan lelaki lain.

Menurut polis, suspek menggunakan senjata tajam untuk membunuh isterinya sebelum memenggal kepala mangsa.

“Badan mangsa tanpa kepala juga telah ditemui. Siasatan telah dimulakan,” kata Inspektor Laxman Dandasana dari balai polis Banigochha. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI