fbpx

Konflik Palestin-Israel: Askar Zionis bakar bekalan bantuan Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Askar Israel menyalakan api pada bungkusan makanan dan timbunan botol air di belakang sebuah lori. – X

BANDAR GAZA – Sebuah rakaman video memaparkan tindakan biadab askar Israel membakar bekalan bantuan kemanusiaan yang tiba di Gaza, lapor akhbar Metro UK semalam.

Video yang tular di media sosial itu menunjukkan beberapa lelaki memakai uniform tentera ketawa sambil menyalakan api pada bungkusan makanan dan timbunan botol air di belakang sebuah lori.

Klip tersebut dikongsikan oleh organisasi bukan berasaskan keuntungan, Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med.

Ia didakwa telah dirakam di kawasan kejiranan Shejaiya di Bandar Gaza.

Beribu-ribu orang melarikan diri ke bandar selatan Rafah dalam beberapa hari kebelakangan ini, yang merupakan salah satu kawasan terakhir di mana agensi bantuan dapat menghantar bekalan makanan dan air.

Askar Israel telah menetapkan satu kawasan sempit di bahagian pantai selatan yang tandus, Al Mawasi, sebagai ‘zon selamat’.

Namun, penduduk Gaza menyifatkan keadaan di situ sangat sesak dengan kekurangan tempat perlindungan serta tiada tandas dan keperluan asas lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI