fbpx

Konflik Palestin-Israel: AS lulus jualan senjata segera kepada Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan kereta kebal dan peluru Israel selepas operasi Taufan Al-Aqsa di Sderot pada 9 Oktober lalu. - AFP

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Joe Biden meluluskan penjualan hampir 14,000 peluru kereta kebal bernilai lebih AS$106.5 juta (RM498.5 juta) kepada tentera Israel tanpa semakan Kongres. 

Laman berita Middle East Monitor melaporkan, Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan Amerika Syarikat (DSCA) dalam satu kenyataan berkata, Israel telah meminta untuk membeli 13,981 kartrij kereta kebal dan peralatan berkaitan. 

Kenyataan itu menambah bahawa Setiausaha Negara AS, Antony Blinken telah memberikan justifikasi terperinci kepada Kongres dengan menyebut mengenai ‘kecemasan yang memerlukan penjualan segera (peluru)’.

Jelas kenyataan sama, AS komited terhadap keselamatan Israel dan memberikan sokongan ke atas Tel Aviv bagi mengekalkan keupayaan pertahanan yang kukuh.

AS Jumaat lalu menggunakan kuasa veto untuk membatalkan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera dilakukan di Semenanjung Gaza.

AS menggunakan kuasa vetonya selepas Kementerian Kesihatan Palestin mendedahkan bahawa jumlah kematian akibat pencerobohan Israel ke atas Gaza telah meningkat kepada lebih 17,000 orang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI