fbpx

Kepala, leher, muka pasangan warga emas ditikam bertubi-tubi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan warga emas berkenaan dikebumikan dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Kematian pasangan warga emas disahkan angkara ditikam bertubi-tubi pada bahagian kepala,leher dan muka.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia akibat ditikam anak lelaki mereka di Kampung Sungai Penchala, di sini, 9 Disember lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, perkara berkenaan disahkan selepas melihat hasil bedah siasat yang dijalankan semalam.

“Hasil bedah siasat dijalankan oleh Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.

“Kedua-dua mangsa mempunyai tiga kesan tikaman pada bahagian kepala, leher dan muka,”ujarnya.

Semalam Kosmo! melaporkan polis mengesahkan pasangan warga emas yang ditemui mati dibunuh itu mempunyai beberapa kesan tikaman di seluruh badan.

Menurut Allaudeen, terdapat enam eksibit (barangan kes) yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika menjalankan jenayah tersebut.

“Antara eksibit yang ditemui ialah mata pisau, hulu pisau, satu unit helmet, sebuah meja kayu bulat, sebatang kayu, serpihan kayu dan sepasang kasut berwarna hitam dipercayai milik suspek,”katanya.

Tambahnya, ujian air kencing turut mengesahkan suspek positif tiga jenis dadah iaitu amfetamina, methamphetamine dan morfin.

Tempoh tahanan reman terhadap suspek adalah selama tujuh hari sehingga 16 Disember.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pasangan suami isteri warga emas ditemui mati selepas dibunuh anak lelakinya di Kampung Sungai Penchala.

Difahamkan lelaki berusia 42 tahun itu telah membunuh ibu bapanya sekitar pukul 7 petang.

Anak ketiga daripada empat adik beradik itu juga dipercayai baru sahaja diikat jamin oleh bapanya atas kesalahan jenayah, minggu ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI