fbpx

Jaclyn Victor, juara segala bintang All Stars Gegar Vaganza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACLYN VICTOR dinobatkan sebagai juara GV10 sekali gus menundukkan tujuh finalis lain. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Selepas 12 minggu berentap, penyanyi Jaclyn Victor mengejutkan seluruh penonton apabila diumumkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Kemenangan Jac sekali gus menundukkan tujuh peserta lain untuk pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi emas sumbangan Astro.

Pada persembahan di pentas akhir itu, Jaclyn menambat hati juri dengan membawakan lagu When You Believe untuk segmen solo manakala berganding bahu bersama Datuk Jamal Abdillah menerusi lagu Sandarkan Pada Kenangan untuk segmen duet.

Untuk saingan ‘battle’ pula Jaclyn memberi saingan hebat kepada Liza Hanim, Siti Nordiana, dan Tomok menerusi lagu Kill This Love nyanyian asal Blackpink.

Jaclyn yang dahulunya juara GV9 menunjukkan persaingan sengit sekali gus menewaskan peserta yang rata-ratanya juara Gegar Vaganza musim terdahulu.

Pelantun lagu Gemilang itu sentiasa menampilkan persembahan terbaik selain konsisten setiap minggu malah sudah beberapa kali mendapat tempat pertama untuk konsert mingguan.

Dalam masa sama, Naqiu memenangi anugerah tambahan iaitu Anugerah Pilihan Bos Susu yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.

Kesemua finalis bakal membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej percutian tajaan KakiJalan dan trofi Gegar Vaganza.

Dikendalikan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse, konsert akhir diadili tiga juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat serta Ratu Rock Negara, Ella sebagai juri jemputan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI