fbpx

Haircarebear tembus pasaran lokal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEERVAI (tiga dari kanan) pada majlis memperkenalkan produk keluaran syarikat bersama salah satu rangkaian peruncit terbesar di negara ini, Watsons Malaysia.

Malaysia memiliki pelbagai faktor menarik seperti kepelbagaian budaya dan bangsa serta sentiasa bersikap terbuka kepada kemasukan produk jenama terbaharu dari luar, yang membolehkannya menjadi destinasi pilihan pelabur asing.

Melihat ruang dan peluang di sini, syarikat dari Australia dengan jenama Haircarebear melancarkan suplemen di pasaran tempatan baru-baru ini, yang mengetengahkan konsep gummy enak supaya pelanggan dapat memanfaat produk dibangunkan daripada kajian dan pembangunan berkualiti, selain memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengasasnya, Jimmy Seervai iaitu salah seorang finalis MasterChef Australia dan mempunyai latar belakang dalam bidang pembuatan makanan berkata, Gummy didatangkan dalam varian rendah gula dan tanpa gula serta mengutamakan penyerapan nutrien pantas, rasa enak, mesra pengguna dan berkesan untuk meningkatkan kecantikan dalaman dan kesihatan secara keseluruhan.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Watsons Malaysia. Keupayaan dan rangkaian pengedaran mereka memberi kami satu platform yang mantap untuk mengukuhkan kedudukan di Malaysia,” katanya.

KOSMO!: Apa pandangan anda tentang pasaran Malaysia khususnya untuk produk runcit yang memfokuskan kepada segmen penjagaan kesihatan dan kecantikan?

Jimmy Seervai: Kami optimistik kerana sini adalah satu pasaran yang menarik serta menawarkan banyak peluang. Melalui kajian yang dibuat baru-baru ini, keyakinan diri adalah satu perkara yang penting dalam diri sebilangan rakyat di Malaysia.

Ini menunjukkan wujudnya permintaan kepada penyelesaian yang dapat membantu masyarakat untuk menjadi le­bih berkeyakinan dan juga menyokong mereka secara keseluruhannya, menjadikan seseorang individu berasa lebih selesa terhadap diri masing-masing.

Kami yakin, usaha memperkasakan individu untuk menjadi lebih yakin terhadap diri sendiri adalah satu misi yang mulia dan membuatkan kami lebih bersemangat dalam bidang ini.

JIMMY SEERVAI

Mengapa anda memilih Malaysia untuk mengembangkan pasaran?

Ia atas faktor kepelbagaian budaya, asas pelanggan yang bertambah dan infrastruktur peruncitan kukuh. Kami melihat potensi yang baik dalam pasaran sini.

Saya juga sukakan Malaysia dan disebabkan faktor itu, kami memperkenalkan produk Haircarebear di negara ini.

Boleh jelaskan tentang produk yang dilancarkan di sini?

Kami memperkenalkan pelbagai segmen produk yang terdiri daripada lapan jenis kategori untuk memenuhi keperluan kecantikan dan kesihatan pelanggan.

Ia terdiri daripada Haircarebear Hair Gummies, Haircarebear Collagen Gummies, Haircarebear Apple Cider Vinegar Gummies, Haircarebear Sweet Dreams Gummies, Haircarebear ByeAcne Gummies, Haircarebear Tummy Gummies, Haircarebear Chill Out Gummies dan Haircarebear Glowhite Gummies.

Produk kami boleh didapati di beberapa peruncit terkenal termasuk semua cawangan Watsons Malaysia dan Caring Pharmacy, selain secara online di laman web Watsons. Kami berharap platform jualan yang pelbagai ini akan membolehkan pelanggan membuat pemilihan terbaik.

Apakah sasaran jualan syarikat di Malaysia?

Fokus kami bukan hanya tertumpu kepada sasaran jualan tetapi juga pertumbuhan syarikat. Kami juga mahu fokus kepada impak penggunaan produk ini kepada pelanggan. Kami telah menerima makluman berharga dan testimoni daripada pelanggan yang berpuas hati, ia adalah satu perkara yang menyentuh hati kami.

Angka yang kami lihat dalam aspek jualan adalah sangat menggalakkan dan ia telah memberi keyakinan yang baik untuk kami terus membina jenama di Malaysia, bagaimanapun misi utama kami adalah untuk meneruskan usaha memperkasa pelanggan bagi membolehkan mereka mendapat manfaat daripada produk keluaran syarikat.

GUMMY Haircarebear didatangkan dalam lapan segmen berlainan bagi memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.

Haircarebear komited mendapatkan sijil halal, apa pandangan anda tentang pasaran halal di negara ini?

Mendapatkan sijil halal adalah perkara yang penting sebaik kami memasuki pasaran di negara ini. Ia bukan untuk berniaga semata-mata tetapi juga sebagai tanda hormat dan komitmen kepada nilai dan kehendak komuniti di sini.

Kami menghargai nilai sijil yang diperoleh serta ia mencerminkan penghargaan tulen dan penghormatan kami terhadap kepelbagaian budaya di negara ini. Ini juga komitmen kami untuk menyediakan produk yang bersesuaian dan memenuhi kehendak pelanggan.

Apakah kumpulan sasaran pelanggan syarikat?

Produk kami dibangunkan untuk menjadi lebih inklusif dan memenuhi pelbagai pe­ringkat kumpulan pelanggan. Ya, memang ia ditujukan kepada golongan muda yang selalunya mementingkan kecantikan dan kesihatan tetapi segmen kami terbuka kepada semua peringkat umur.

Kami turut prihatin bahawa ada individu yang berdepan cabaran dengan tablet suplemen tradisional yang sedikit sukar ditelan, jadi kami berharap produk gummy yang diperkenalkan di pasaran akan dapat memenuhi dan bersesuaian dengan kumpulan pelanggan ini.

Apakah perancangan peluasan pasaran syarikat tahun depan?

Untuk tahun akan datang, kami fokus kepada pengembangan strategik dan menambah nilai kepelbagaian produk syarikat. Kami sedang meneroka peluang untuk berkembang ke pasaran baharu dalam rantau Asia Tenggara tetapi peranca­ngan tersebut belum dimukta­madkan.

Sebagai tambahan, kami juga sedang melaksanakan pemba­ngunan produk secara berterusan untuk memberi lebih penyelesaian kepada pelanggan. Kami bakal memperkenalkan produk baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi khususnya dalam segmen baharu.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI