PETALING JAYA – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Kepulauan Tonga sebentar tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi terbabit terletak 18.8 darjah Selatan dan 175.4 darjah Barat.
“Kejadian tersebut berlaku pada pukul 2.33 petang dengan jarak 646 kilometer (km) Timur dari Laucala, Fiji pada kedalaman 282 km.
Bagaimanapun, kata MetMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO ONLINE