fbpx

Gabungan Petani Perak mahu menteri masuk campur isu tanah kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeyakumar (kiri) menunjukkkan peta kawasan tanah hitam persayuran yang dilupuskan di Hulu Kinta, Perak di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Selepas segala usaha gagal, sekumpulan petani di bawah Gabungan Petani Perak mahu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu masuk campur bagi menyelesaikan isu dihadapi mereka sejak sekian lama.

Kumpulan itu hadir ke Wisma Tani tadi bagi menyerahkan memorandum dan meminta diadakan satu dialog bagi merungkai isu pengusiran petani di Perak oleh kerajaan negeri.

Mewakili kumpulan itu, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr. Michael Jeyakumar Devaraj berkata, pihaknya mahu Mohamad hadir sendiri ke Hulu Kinta, Perak bagi memahami sendiri isu yang dihadapi lebih 200 petani itu.

“Kami amat berharap Kerajaan Madani akan bersikap berani dan berprinsip serta bertindak tegas untuk menangani isu ini demi keselamatan makanan negara dan kesejahteraan generasi akan datang.

“Kami juga mahu kerajaan negeri menghentikan tindakan mengusir keluar petan yang sedang mengusahakan kebun sayur di Hulu Kinta,” katanya ketika ditemui selepas menghantar memorandum kepada kementerian, hari ini.

Memorandum itu diserahkan oleh Jeyakumar kepada Pegawai Khas Pejabat Menteri, Muhammad Faizzal Abd. Rahman di lobi Wisma Tani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI