PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca baik dan cerah hampir di seluruh negara pagi ini.
Menurut laporan MetMalaysia di Facebook, cuaca buruk di Semenanjung hanya dijangka berlaku melibatkan Pahang, Johor dan kawasan pantai di Selangor.
“Di Sabah, hujan lebat diramal melanda Sandakan dan Kudat,” katanya, hari ini.
Menurut laporan sama, di Sarawak, ribut petir turut diramal berlaku melibatkan Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.
“Sementara itu, di negeri lain, cuaca diramal cerah sehingga tengah hari,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.