fbpx

Banjir termenung, 27 mangsa di Pasir Mas kekal berlindung di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di Kampung Tersang, Rantau Panjang membasuh dan mengemas rumah mereka yang terjejas banjir selepas pulang dari PPS semalam. Foto oleh ROHANA ISMAIL/ KOSMO!

KOTA BHARU – Keadaan banjir termenung yang melanda tiga buah kampung di Pasir Mas dekat sini menyebabkan seramai 27 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, mangsa yang berlindung di PPS itu sama dengan jumlah yang dicatatkan semalam.

Menurutnya, kesemua mangsa yang terlibat itu terdiri daripada tujuh buah keluarga yang ditempatkan di PPS yang mula dibuka pada 23 November lalu.

“PPS itu menempatkan seramai 9 mangsa lelaki dewasa, 8 wanita dewasa dan 10 kanak-kanak.

“Setakat ini, tiga buah kawasan iaitu Kampung Tersang, Jalan Kampung Tersang dan Kampung Bendang Perol, Tok Deh masih ditenggelami air,” katanya.

Menurut kenyataan itu, semua sungai-sungai utama di Kelantan kembali mencatatkan bacaan normal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI