fbpx

12 tahun ceroboh tanah kerajaan jual santan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Premis menjual santan dan mencuci kenderaan dirobohkan hari ini susulan dibina serta beroperasi secara haram sejak 12 tahun lalu di Bandar Serting.

JEMPOL – Selama 12 tahun beroperasi secara haram di atas tanah milik kerajaan di Bandar Serting di sini, bangunan kedai menjual santan dan mencuci kenderaan akhirnya dirobohkan hari ini.

Operasi ke atas premis yang dibina di atas tanah 408 meter persegi berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara [AKTA 828].

Pegawai Daerah Jempol, Nawal Mohamed Amin berkata, pihaknya menerima banyak aduan berhubung binaan premis menjual santan dan tempat mencuci kereta tanpa kebenaran termasuk orang awam.

“Kedua-dua binaan tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan ini turut mengganggu kerja-kerja naik taraf landskap Bandar Serting yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Jempol,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelas Nawal, premis berkenaan milik seorang lelaki warga tempatan telah diberikan beberapa notis pengosongan termasuklah yang terkini sebelum ini namun tidak diendahkan oleh pemiliknya.

“Dia masih ingkar dan enggan mengosongkan tanah kerajaan yang dicerobohinya. Bagaimanapun sepanjang kerja-kerja perobohan dilaksanakan, pemilik perniagaan telah memberikan kerjasama baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI