fbpx

114 PATI ditahan, operasi pasar basah KipMall Tampoi ‘lumpuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA 114 PATI yang bekerja di pasar basah KipMall Tampoi, Johor Bahru ditahan dalam serbuan dijalankan Imigresen Johor, Jumaat lalu.

JOHOR BAHRU – Operasi di pasar basah pasar raya KipMall Tampoi di sini hampir lumpuh apabila seramai 114 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di lokasi berkenaan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Jumaat lalu.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 19 hingga 58 tahun melibatkan 51 lelaki Myanmar, 34 lelaki dan lapan wanita Indonesia, 10 lelaki Bangladesh, lapan lelaki Nepal dan tiga lelaki India.

“Operasi ini hasil risikan selama seminggu setelah kami menerima aduan awam mengenai kewujudan warga asing yang bekerja tanpa permit atau pas sah di premis tersebut.

“Seramai 228 warga asing serta warga tempatan diperiksa, manakala 114 daripada mereka ditahan,” katanya.

Tambah Baharuddin, semua yang ditahan dipercayai telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 6(1)(c) iaitu gagal megemukakan dokumen perjalanan sah, Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa, Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas ditetapkan.

“Kesemua tahanan telah ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambah beliau, warga asing diseru untuk mengambil peluang menyertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang akan tamat pada 31 Disember 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI