fbpx

Warga emas kerat telinga jiran suka buat bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar POLIS menangkap Takebayashi di unit aprtmentnya selepas dia mengerat telinga kiri jirannya di Tokyo, kelmarin. - Foto Getty Images

TOKYO – Seorang warga emas berusia 74 tahun ditangkap kerana didakwa menyerang dan mengerat telinga kiri jirannya dengan menggunakan sebilah pisau, kata polis Tokyo semalam seperti dilaporkan laman berita The Mainichi.

Junichi Takebayashi, didakwa menyerang wanita yang tinggal di sebuah unit apartmen berhampiran unit rumahnya pada malam kelmarin. 

Polis berkata, mangsa mendengar bunyi ketukan di pintu rumahnya sebelum dia diserang sejurus membukanya.

Telinga kanan wanita itu turut dikelar dan dia dibawa ke sebuah hospital. Kecederaan dialaminya bagaimanapun tidak mengancam nyawa.

Takebayashi mengaku melakukan serangan itu dan memberitahu polis bahawa dia bertindak sedemikian kerana jirannya sering membuat bising. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI