fbpx

Rania pilih calon suami pandai Muay Thai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI RANIA pernah memenangi pingat emas Muay Thai dalam Sukma 2022.

SEKALI pandang ramai tidak menyangka gadis Pesona Ahad minggu ini yang tampak lemah lembut pernah me­rangkul pingat emas Muay Thai dalam Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2022.

Malah Puteri Rania Mahmoud, 20, atau mesra disapa Rania telah menyertai lebih 50 perlawanan sukan Muay Thai di peringkat amatur sejak menceburi sukan lasak ini di bangku sekolah pada 2017.

Gadis berdarah campuran Melayu-Jordan ini turut meminati dunia usahawan sejak kecil sehingga menangguh pelajaran demi memberi fokus kepada perniagaan sendiri dan keluarga.

Kepada Kosmo! Ahad, gadis ini menceritakan pengalaman berharganya sepanjang menceburi sukan Muay Thai serta perancangan masa depan sebagai seorang usahawan berjaya.

Kosmo! Ahad: Ceritakan latar belakang Rania
RANIA: Saya anak ketiga daripada empat beradik dan satu-satunya anak perempuan. Saya terlibat dengan sukan ini sebab abang-abang dan adik juga menceburi Muay Thai. Mula-mula saya cuba ikut pergi latihan, tetapi bila tengok hari-hari terus minat.

Bagaimanakah reaksi keluarga?
Masa perlawanan pertama, memang bapa tidak beri keizinan tetapi ibu sokong dengan apa yang saya nak buat. Sesi memujuk bapa ambil masa beberapa tahun sebelum akhirnya bapa bersetuju, cuma syaratnya jika tidak mampu teruskan perlawanan, tarik diri.

UNTUK mencari bakal suami, Puteri Rania lebih utamakan yang minat sukan Muay Thai.

Apakah cabaran yang ditempuh?
Masa sekolah ramai cikgu dan kawan persoal hobi ini. Ada yang cakap saya akan berdepan risiko peranakan jatuh dan masalah ke­sihatan wanita. Cedera, bengkak, lebam itu bagi saya biasa. Cuma sebagai wanita memang saya kurangkan latihan di perut dan lebih fokus pada kaki dan tangan.

Bilakah mula terlibat dalam dunia perniagaan?
Abang ada perniagaan sendiri, jadi saya bantu dia sejak 2021 bersama adik-beradik lain. Pada Mei tahun ini, barulah saya mempunyai jenama sendiri iaitu pu­teriraniahq yang menjual pakaian-pakaian wanita.

Bagaimana cara imbangkan masa antara atlet dan usahawan?
Setiap hari saya akan rangka jadual saya dengan sebaiknya. Bia­sanya siang saya akan luangkan masa untuk latihan Muay Thai, kemudian petang saya tumpukan pada jenama saya sendiri. Malam saya fokus buat ‘live’ di TikTok untuk JTT Store.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Untuk mencari bakal suami, saya lebih utamakan mereka yang sama minat sukan Muay Thai. Sebab menjadi atlet ini, hidupnya akan sentiasa terisi dengan sesi latihan penuh. Tambah pula banyak latihan dengan jurulatih atau pasangan lelaki. Jadi apabila bakal suami ada minat yang sama, tidak mudah cemburu.

Siapakah Rania dalam masa 10 tahun akan datang?
Saya ingin melihat diri ini sebagai atlet profesional Muay Thai.
Dalam masa sama, saya juga mahu nampak diri saya sebagai seorang usahawan berjaya sehingga mampu menembus pasaran luar negara.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI