fbpx

Pihak berkuasa Aceh enggan lagi terima pelarian Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelarian Rohingya berehat selepas tiba di pantai Krueng Raya, hari ini - AFP

BANDA ACEH – Hampir 200 pelarian Rohingya dengan kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terkandas di sebuah pantai di wilayah Aceh, Indonesia hari ini, selepas pihak berkuasa tempatan enggan lagi menerima kehadiran mereka.

Kumpulan pelarian tersebut tiba dengan menaiki bot pada pukul 3 pagi (waktu tempatan)  semalam.

“Mereka akan ditempatkan di lokasi sama mereka mendarat. Kali ini, pemerintah tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan untuk mereka.

“Berkenaan tempat perlindungan di Pidie, tiada lagi ruang untuk mereka,” kata Ketua Agensi Sosial Pidie wilayah Aceh, Muslim.

Pihak berkuasa tempatan dan penduduk setempat beberapa kali menolak ketibaan pelarian Rohingya dengan menyuruh mereka kembali ke laut sejak lebih 10,000 orang tiba pada bulan lalu.

Wartawan AFP melihat kumpulan terbaharu itu berkumpul di tepi pantai dengan wanita mendukung anak kecil malah, ada daripadanya tidak berpakaian.

Ada antara mereka yang berbaring di atas tanah di pantai untuk berehat selepas menempuh perjalanan laut yang panjang.

Rabu lalu, kira-kira 150 penunjuk perasaan di Pulau Sabang bertempur dengan polis ketika mereka mendesak agar pelarian Rohingya ditempatkan semula di lokasi lain.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) Jumaat lalu berkata, bantuan sementara akan disediakan untuk pelarian dengan mengutamakan kepentingan masyarakat setempat. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI