fbpx

Piala Malaysia: Misi ‘double quadruple’ sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT berjaya menjulang gelaran juara Piala Malaysia sekali gus menyapu bersih empat piala yang dipertandingkan musim ini buat kali kedua berturut-turut.

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) masih belum puas meskipun berjaya mencipta rekod ‘agung’ selepas menjuarai trofi Piala Malaysia dengan menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 di pentas final kelmarin.

Pengendali skuad Harimau Selatan, Esteban Solari percaya masih ada ruang untuk dipertingkatkan oleh pasukan tetapi dalam masa yang sama memuji mentaliti juara yang ada pada semua pemain.

“Membimbing kelab JDT bukanlah mudah kerana ia adalah projek jangka panjang dengan prestasi perlu dipertingkatkan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Pujian wajar diberikan kepada barisan pemain kami yang memiliki mentaliti juara kerana bukan mudah untuk menang perlawanan final kali ini tetapi mereka berjaya melakukannya.

“Namun, kejayaan ini adalah milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik kelab.

“TMJ bukan sahaja menyumbangkan pelbagai kemudahan dari semua aspek untuk JDT, tetapi dia juga berusaha untuk meningkatkan prestasi Harimau Malaya dan membantu menaikkan taraf Liga Malaysia,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, JDT melengkapkan status selaku juara ‘double quadraple’ selepas turut mendominasi Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super musim ini.

Gol-gol jaringan skuad Harimau Selatan dilakukan oleh Bergson da Silva, Feroz Baharudin dan Arif Aiman Hanapi manakala gol tunggal TFC diledak oleh Ivan Mamut.

Sementara itu, pengendali import dari Argentia itu turut mengesahkan barisan pemain tidak ada masa terlalu lama untuk meraikan kejayaan kerana perlu mengharungi aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang BG Pathum, Selasa depan.

“Inilah lumrah bola sepak, kita hanya dapat meraikan kemenangan sekejap sahaja dan esok pasukan akan kembali fokus pada perlawanan ACL bertemu BG Pathum di laman sendiri,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI