fbpx

Penjenamaan Great Eastern Takaful tumpu golongan B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengendali takaful keluarga, Great Eastern Takaful bakal melancarkan produk baharu sebagai pembuka tirai tahun 2024.

PETALING JAYA – Pengendali takaful keluarga, Great Eastern Takaful bakal melancarkan produk baharu sebagai pembuka tirai tahun 2024.

Dalam masa sama, Great Eastern Takaful turut melancarkan penambahbaikan penjenamaannya untuk meningkatkan daya saing serta imej sejajar dengan syarikat induknya, Great Eastern Holdings Limited yang telah beroperasi lebih 100 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful, Shahrul Azlan Shahriman berkata, pembaharuan ini akan menampilkan strategi penjenamaan yang lebih kukuh demi meningkatkan kebolehpasaran serta kekal relevan terutamanya untuk generasi muda.

“Kami percaya dengan strategi penjenamaan baharu ini, lebih banyak segmen komuniti yang boleh dicapai dan ia adalah antara usaha untuk meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap penawaran kami yang melindungi segenap lapisan masyarakat dalam setiap peringkat kehidupan mereka.

“Melangkaui operasi perniagaan, kami turut memberikan perhatian kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan pelan perlindungan mampu milik serta kesedaran akan kepentingan takaful dalam membantu mereka membuat pilihan terbaik untuk masa hadapan mereka dan keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebagai pengendali takaful keluarga yang setia melindungi para pelanggan, pihaknya amat menghargai kepercayaan rakyat Malaysia yang memilih Great Eastern Takaful sebagai rakan perlindungan mereka.

“Aspirasi mereka untuk menjalani kehidupan dengan tenang serta keyakinan dalam perlindungan kesihatan dan kewangan terutamanya pada waktu yang tidak terduga sentiasa menjadi keutamaan kami.

“Perlindungan takaful yang menyeluruh amat penting bukan sahaja untuk melindungi individu, malah ia turut melindungi ahli keluarga serta legasi mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Great Eastern Takaful Berhad (GETB) menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-13 hari ini dan sehingga kini, pengendali takaful keluarga itu telah melangkaui lebih 1.6 juta pelanggan untuk membantu merealisasikan aspirasi hidup mereka dengan perlindungan kesihatan dan kewangan yang komprehensif.

Menerusi ucaptama pada Majlis Takaful Star Awards 2023, setakat bulan Jun, kadar penetrasi industri takaful mencatatkan sebanyak 19.54 peratus setakat Jun lalu, berbanding 19.48 peratus pada tahun lalu.

“Peningkatan ini adalah seiring dengan usaha Great Eastern Takaful yang turut memainkan peranan sebagai salah satu peneraju industri takaful yang meletakkan komitmen tinggi untuk membantu merapatkan jurang perlindungan di kalangan rakyat Malaysia.

“Dengan lebih 10,000 perunding takaful yang berdedikasi serta pembangunan produk inovatif serta pendigitalan perkhidmatan, ia memperkukuhkan kedudukannya dalam industri dalam landskap sosioekonomi yang dinamik,” katanya.

Ulang tahun ke-13 ini turut diserikan dengan pencapaiannya dalam merangkul pelbagai pengiktirafan termasuk anugerah Pengantaraan Berasaskan Nilai untuk Takaful (VBIT).

Ia mengiktiraf usaha berterusan syarikat tersebut menerusi inisiatif GETB Upcycling Project yang berkisarkan kesedaran alam sekitar kepada lebih 3,500 individu serta pengenalan aktiviti hasil semula sebagai satu langkah proaktif dalam menangani isu pencemaran plastik yang semakin meruncing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI